Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya.  Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar.  Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila mendengar

Amarneethiyar

Adakalanya ujian Tuhan terhadap kesetiaan pemuja-Nya melampaui segala batasan.  Amarneethiyar dari Palayarai ialah seorang pencinta Tuhan yang berjaya dalam ujian kesetiaan ini.  Amarneethiyar menjadi seorang pedagang. Dia terkenal sebagai seorang yang jujur dan dermawan. Dia sering memberi makanan dan pakaian kepada orang-orang alim. Dia juga telah membina sebuah tempat rehat untuk orang-orang yang melakukan lawatan suci di Tirunallur.  Pada suatu hari, Tuhan sendiri muncul dalam rupa seorang alim. Tuhan memberikan sehelai kain cawat-Nya kepada Amarneethiyar untuk dijaga sementara Dia bermandi di sungai. Amarneethiyar menyimpan kain itu di dalam sebuah peti dan menguncinya.  Selepas bermandi, Orang Alim itu kembali untuk menuntut kain cawat-Nya. Sungguh pelik! Kain itu tidak ada dalam peti!  Selepas mencari di semua tempat dan gagal, Amarneethiyar menawarkan sehelai kain cawat baru sebagai ganti. Orang Alim itu enggan menerimanya dan mula mengamuk. "Kamu meny

Arivattayar

Apakah gunanya hidup jika tidak dapat memuja Tuhan? Itulah persoalan yang timbul dalam fikiran Arivattayar, seorang Nayanmar yang hebat.  Tayanar berasal daripada sebuah keluarga petani yang kaya di Kannamangalam, di tebing sungai Kaveri.  Tayanar seorang yang sederhana. Cara pemujaannya juga amat sederhana tetapi dengan penuh Bhakti. Setiap hari, dia mempersembahkan kepada Tuhan nasi, sayur-sayuran yang dimasak dan buah mangga. Dia melakukan ini sebagai suatu disiplin rohani wajib. Tidak ada apa-apa yang dapat menghentikannya daripada melakukan persembahan harian ini.  Namun, tiba-tiba nasib Tayanar berubah. Keluarganya ditimpa kemiskinan. Dengan bersusah payah, dia meneruskan persembahan hariannya.  Bagi menampung perbelanjaan pemujaan hariannya, Tayanar mendapatkan kerja di sawah. Daripada upah yang diperolehinya, dia meneruskan persembahan makanan harian kepada Tuhan. Adakalanya, dia mengikat perut agar dapat memberikan nasi, sayur-sayuran, dan buah mang

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil itu ditetapkan dan segala pe

Pugalthunayar

Hidup manusia tiada sebarang makna tanpa Tuhan. Kisah Pugalthunayar memberikan kita pengajaran ini.  Pugalthunayar ialah seorang sami di sebuah kuil Siva di Srivilliputtur. Sebagai sami, Pugalthunayar melakukan kerja pemujaan dan sembahyang di kuil.   Pada suatu ketika, kemarau melanda Srivilliputtur. Makanan menjadi kurang dan menyebabkan orang-orang miskin kebuluran. Pugalthunayar juga merana akibat kebuluran. Semakin hari, badannya semakin lemah dan kurus.  Namun, kelaparan hanya untuk badan. Hati Pugalthunayar penuh dengan Bhakti. Oleh itu, dia masih meneruskan dengan kerja-kerja pemujaan harian. Pada suatu hari, ketika menjunjung air untuk pemujaan Sivalinga, Pugalthunayar hilang kawalan lalu terjatuh. Belanga airnya pula jatuh ke atas Sivalinga. Pugalthunayar pengsan dan mendapat satu mimpi yang pelik.  Siva muncul dalam mimpinya dan berjanji, "Sehingga kemarau berakhir, Aku akan memberikanmu sekeping duit syiling emas."  Pada

Atipathar

  Semua orang, tanpa menggira taraf atau darjat, layak untuk menjadi pencinta Tuhan. Tuhan hanya melihat Bhakti dalam hati kita.  Kisah Atipathar Nayanar membuktikan kebenaran ini.  Atipathar ialah seorang nelayan miskin. Dia berusaha untuk berkhidmat kepada Tuhan dengan melepaskan seekor ikan ke dalam laut daripada tangkapan hariannya. Tuhan menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh seorang pencinta-Nya yang setia.  Setiap hari, selepas menangkap ikan, Athipathar melepaskan seekor ikan  sebagai persembahan kepada Tuhan. Dengan baki tangkapannya, dia meneruskan kehidupannya dengan puas hati.  Beberapa lama kemudian, Atipathar tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun. Setiap hari, dia pulang ke rumah dengan tangan kosong. Badannya menjadi kurus kering akibat kebuluran. Dengan berserah kepada Tuhan, Atipathar meneruskan hidupnya.  Beberapa hari kemudian, seekor ikan besar tersangkut pada jala Atipathar. Ikan itu kelihatan amat pelik. Kulitnya berkilau dengan batu

Naminandi Adikal

Kepercayaan kepada Tuhan akan memberikan kita segala kekuatan dan kesaktian untuk menghadapi cabaran hidup. Itulah yang kita dapat pelajari daripada kisah Naminandi Adikal.  Naminandi lahir di Perur dalam sebuah keluarga sami yang alim. Dia berpegang kuat kepada kebersihan diri dan kesucian. Naminandi juga amat menyayangi Tuhan yang dipujanya sebagai Tyagaraja.  Setiap hari, dia melakukan pemujaan ritual di rumahnya dengan penuh Bhakti. Pada suatu hari, dia tidak mempunyai minyak untuk menyalakan pelita untuk Tuhan. Naminandi berasa amat sedih.  Dia berjumpa dengan jirannya dan meminta sedikit minyak untuk pelita. Jirannya tersenyum sinis dan berkata, "Kami pernah dengar bahawa Tuhan kamu memegang api. Jadi, kenapa Dia nak lampu pelita biasa? Jika kamu teringin sangat untuk menyalakan lampu untuk-Nya, kenapa kamu tak guna air sebagai minyak?"  Naminandi menahan air matanya. Dengan menunduk kepala, dia kembali ke rumahnya dan memasuki bilik sembahyang. Di

Apputhi Adikal

Perkhidmatan kepada segala kehidupan ialah satu sikap yang sering diagungkan dalam agama Hindu. Perkhidmatan tanpa mengharap balasan kepada manusia dianggap sebagai perkhidmatan kepada Tuhan. Bukankah Tuhan berada dalam hati semua manusia?  Apputhi Adikal ialah seorang pencinta Tuhan di Thingalur. Dia menghormati Tirunavukkarasar sebagai seorang pencinta yang tiada tandingan. Apputhi memulakan sebuah institusi kebajikan atas nama  Tirunavukkarasar.  Institusi itu melakukan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Peliknya, Apputhi tidak pernah bertemu dengan  Tirunavukkarasar!  Pada suatu ketika,  Tirunavukkarasar  datang melawat Thingalur. Dia berasa amat hairan apabila mendapati kerja-kerja kebajikan dilakukan atas namanya. Dengan serta-merta,  Tirunavukkarasar  berjumpa dengan Apputhi dan memperkenalkan dirinya sebagai seorang pencinta Tuhan. Apputhi menjemputnya dengan gembira.  Selepas berbual seketika, Apputhi sedar bahawa pencinta Tuhan itu ialah s

Karaikal Ammaiyar

Kehidupan para pencinta Tuhan sungguh menakjubkan! Mereka mengharungi segala suka duka kehidupan dengan berserah sepenuhnya pada Tuhan. Kisah hidup Karaikal Ammaiyar ialah satu lagi bukti kebenaran ini.  Danadattan ialah seorang pedagang kaya di Karaikal. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Punithavathi. Sejak kecil, Punithavathi mempunyai kepercayaan kuat kepada Tuhan. Permainan kegemarannya ialah untuk membina kuil dengan tanah liat dan menyanyikan ayat-ayat suci.  Punithavathi menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Danadattan mengatur perkahwinan anaknya dengan Paramadattan. Dengan mas kahwin yang besar, Punithavathi pergi ke rumah suaminya.  Pada suatu hari, dua orang pedagang berjumpa dengan Paramadattan di tempat kerjanya. Mereka memberikannya dua biji buah mangga. Paramadattan menghantar buah-buahan itu ke rumahnya.  Sementara itu, seorang alim datang ke rumah Paramadattan dan meminta makanan. Ini adalah suatu tradisi dalam masyarakat Hindu. Seo

Marar dari Ilyankudi

Ada orang sanggup melalui apa jua rintangan untuk berkhidmat kepada orang lain. Itulah kisah Marar Nayanar, seorang pencinta Tuhan.  Marar dan keluarganya tinggal di Ilayankudi, di Tamil Nadu. Dia menjadi ketua masyarakat petani di kampungnya. Marar menggunakan sebahagian besar hasil pertaniannya untuk berkhidmat kepada penganut-penganut Saivisme.  Kehidupan petani adalah tidak menentu. Adakalanya, hasil pertanian akan berkurangan. Demikian, Marar turut ditimpa nasib malang. Pendapatannya makin merosot tetapi hutang pula semakin meningkat.  Namun, semangat Marar untuk berkhidmat kepada orang-orang alim langsung tidak berkurang. Sesiapa yang datang mengemis makanan, pasti akan menerima sesuatu daripada Marar.  Pada suatu malam, hujan lebat sedang turun. Tiba-tiba seorang Siva-Yogi datang ke rumah Marar dan meminta makanan. Malangnya, Marar tidak ada walaupun segenggam nasi di rumahnya. Pada pagi itu, dia telah menuai semua benih padi simpanannya. 

Tiruneelakandar

Kebenaran merupakan tunjang agama Hindu. Sikap bercakap benar dan berpegang kepada kebenaran ialah sifat utama seorang pencinta Tuhan. Kita boleh lihat ini dalam kisah Tiruneelakandar.   Tiruneelakandar ialah seorang pembuat tembikar. Dia tinggal bersama isterinya dengan senang-lenang. Dia memuja Siva sebagai 'Tiruneelakandam'.  Pada suatu hari, selepas menghabiskan masa bersama seorang wanita di tempat hiburan, Tiruneelakandar pulang ke rumahnya. Perbuatan Tiruneelakandar amat melukakan hati isterinya. Dengan marah, isterinya berkata, "Atas nama Tiruneelakandam, jangan sentuh kami lagi!"  Tiruneelakandar menyedari kesalahannya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana isterinya telah menyebut 'kami', sejak itu, Tiruneelakandar bersumpah untuk tidak menyentuh orang perempuan termasuk isterinya sendiri. Dia hidup seperti seorang alim yang suci. Pada suatu hari, seorang Siva-Yogi berjumpa dengan Tiruneelakandar dan memberinya sebuah mangkuk u

Tiruppan Alvar

Tuhan mencintai pemuja setia-Nya. Tuhan akan melakukan apa-apa sahaja untuk mencurahkan rahmat kepada pencinta-Nya. Inilah yang berlaku dalam kisah Tiruppan Alvar.  Uraiyur di kerajaan Chola ialah tempat lahir Tiruppan Alvar.  Pada asalnya, Tiruppan Alvar dikenali sebagai Panar. Ini kerana, dia dibesarkan oleh seorang berkasta Panar (penyanyi) yang baik hati.  Sungai Kaveri mengalir berhampiran kediaman Panar. Setiap hari, Panar bermandi di sungai Kaveri. Selepas itu, dia akan duduk di tebing sungai itu sambil memainkan Yalh (sejenis peralatan muzik) dan menyanyikan lagu-lagu suci memuji Sri Ranganatha.  Disebabkan kastanya, dia tidak dapat memasuki kuil untuk melihat Tuhan. Namun, hatinya penuh dengan cinta pada Tuhan. Setiap hari, dia mempersembahkan lagu-lagu suci kepada Tuhan.  Keenakan muzik dan cinta Tiruppan Alvar yang mendalam untuk Tuhan menarik perhatian penduduk di tempat itu.  Mereka mula memanggilnya sebagai 'Tiruppan Alvar'.  Lokasaranga Muni

Kehebatan Divya Prabandham

Ada kalanya, sikap masyarakat amat pelik! Ada orang sanggup mempersendakan orang-orang alim dan ayat-ayat suci yang memuji Tuhan! Itulah yang berlaku dalam kisah Madhurakavi Alvar.  Ketika itu, Madhurakavi Alvar sedang berusaha untuk menyebarkan Divya Prabandham dalam kalangan masyarakat. Madhurakavi juga memuji kehebatan gurunya Nammalvar dan mendirikan sebuah kuil untuk memuja Nammalvar. Bagi memuji kehebatan Nammalvar, Madhurakavi juga menghasilkan puisi-puisi suci dan memanggil gurunya sebagai Tiruvaymolhi Perumal, Vedam Tamil Seyda Perumal, dan sebagainya.  Melihat kepopularan ayat-ayat suci Divya Prabandham, penyair-penyair Tamil Sangam menjadi iri hati. Mereka membantah sanjungan yang diberikan kepada Nammalvar. Mereka mencabar Nammalvar untuk berdebat dengan mereka dan membuktikan kehebatannya dengan duduk di atas Sangappalagai.  Sangappalagai ialah sebuah bangku ajaib yang terapung di kolam Potramarai. Penyair-penyair akan menduduki bangku ajaib itu dan menyanyikan

Tirumalhisai Alvar

Di Tiruvekka, di Tamil Nadu, tinggal seorang alim bernama Tirumalhisai Alvar. Dia mempunyai seorang anak murid bernama Kanikannan.  Seorang perempuan tua tinggal berdekatan kediaman Alvar. Perempuan itu melakukan kerja-kerja mencuci, membersihkan, dan menghiasai halaman rumah dengan melukis 'Kolam'. Alvar amat berpuas hati dengan kerja-kerja perempuan itu. Dia memberkati perempuan itu dan dengan kesaktiannya, Alvar menjadikan perempuan itu muda dan cantik.  Kecantikan wanita itu menarik perhatian seorang raja. Lalu raja berkahwin dengan wanita itu dan membawanya ke istana. Apabila raja mendapat tahu tentang rahsia kejelitaan wanita itu, baginda juga ingin untuk menjadi muda. Raja bertitah kepada Kanikannan untuk membawa Alvar ke istana. Kanikanna menjawab bahawa gurunya, tidak akan datang ke istana. Tanpa sebarang pilihan lain, akhirnya, raja itu memutuskan untuk melawat Tirumalhisai Alvar. Kanikannan berkata bahawa usaha raja akan sia-sia.  Raja itu menjadi ha