Skip to main content

Marar dari Ilyankudi

Ada orang sanggup melalui apa jua rintangan untuk berkhidmat kepada orang lain. Itulah kisah Marar Nayanar, seorang pencinta Tuhan. 

Marar dan keluarganya tinggal di Ilayankudi, di Tamil Nadu. Dia menjadi ketua masyarakat petani di kampungnya. Marar menggunakan sebahagian besar hasil pertaniannya untuk berkhidmat kepada penganut-penganut Saivisme. 

Kehidupan petani adalah tidak menentu. Adakalanya, hasil pertanian akan berkurangan. Demikian, Marar turut ditimpa nasib malang. Pendapatannya makin merosot tetapi hutang pula semakin meningkat. 

Namun, semangat Marar untuk berkhidmat kepada orang-orang alim langsung tidak berkurang. Sesiapa yang datang mengemis makanan, pasti akan menerima sesuatu daripada Marar. 

Pada suatu malam, hujan lebat sedang turun. Tiba-tiba seorang Siva-Yogi datang ke rumah Marar dan meminta makanan. Malangnya, Marar tidak ada walaupun segenggam nasi di rumahnya. Pada pagi itu, dia telah menuai semua benih padi simpanannya. 

Apakah yang Marar harus lakukan sekarang?

Isteri Marar memberikan cadangan, "Kumpulkan semula benih-benih padi yang baru ditanam. Saya akan memasak nasi dengan benih-benih padi itu."

Seperti yang dicadangkan oleh isterinya, Marar mengumpulkan semula semua benih-benih yang ditanamnya pada pagi itu. Selepas membersihkan benih-benih itu, isterinya mula memasak nasi. Tetapi, dia tidak ada kayu api! 

Marar memotong kayu bumbung pondoknya dan menjadikannya sebagai kayu api. Dia juga memetik sedikit sayur-sayuran di belakang pondoknya. Dengan bahan-bahan yang ada di rumahnya, isteri Marar menyediakan makanan yang serba ringkas. 

Selepas makanan  disediakan, Marar keluar untuk menjemput Siva-Yogi. Namun, kelibatnya pun tidak kelihatan. 

Ke manakah  Siva-Yogi telah pergi? 

Rupa-rupanya dia bukan Siva-Yogi, tetapi Siva sendiri. Tuhan telah datang untuk menguji Marar! 

Tuhan memberkati Marar dan isterinya dengan kehidupan abadi di Sivaloka kerana mereka telah berusaha untuk menghapuskan kelaparan orang lain tanpa menghiraukan sebarang kesusahan.  

Pengajaran: 

Seva atau perkhidmatan kepada semua manusia ialah satu sifat yang terpuji dalam masyarakat Hindu. 

Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu. ...

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...