Skip to main content

Kehebatan Divya Prabandham

Ada kalanya, sikap masyarakat amat pelik! Ada orang sanggup mempersendakan orang-orang alim dan ayat-ayat suci yang memuji Tuhan! Itulah yang berlaku dalam kisah Madhurakavi Alvar. 

Ketika itu, Madhurakavi Alvar sedang berusaha untuk menyebarkan Divya Prabandham dalam kalangan masyarakat. Madhurakavi juga memuji kehebatan gurunya Nammalvar dan mendirikan sebuah kuil untuk memuja Nammalvar. Bagi memuji kehebatan Nammalvar, Madhurakavi juga menghasilkan puisi-puisi suci dan memanggil gurunya sebagai Tiruvaymolhi Perumal, Vedam Tamil Seyda Perumal, dan sebagainya. 

Melihat kepopularan ayat-ayat suci Divya Prabandham, penyair-penyair Tamil Sangam menjadi iri hati. Mereka membantah sanjungan yang diberikan kepada Nammalvar. Mereka mencabar Nammalvar untuk berdebat dengan mereka dan membuktikan kehebatannya dengan duduk di atas Sangappalagai. 

Sangappalagai ialah sebuah bangku ajaib yang terapung di kolam Potramarai. Penyair-penyair akan menduduki bangku ajaib itu dan menyanyikan syair mereka. Bangku itu akan membesar atau mengecil dengan sendiri bergantung kepada bilangan penyair yang mendudukinya pada suatu masa. Jika tidak ada sebarang kecacatan dalam syair mereka, bangku itu akan menampung penyair-penyair itu. Sekiranya terdapat apa-apa kecacatan atau kesilapan, bangku akan condong dan menjatuhkan mereka ke dalam air. 

Madhurakavi Alvar menerima cabaran itu. Dia meletakkan sebuku lontar di atas bangku itu. Lontar itu mengandungi salah sebuah puisi suci Nammalvar daripada Tiruvaymolhi yang berbunyi begini: 

                        Kannan kalhalinai nannum manamudaiyir
                        ennum tirunamam tinnam naraname! 

Mengikut tradisi, tiga ratus penyair duduk di atas bangku ajaib itu bersama dengan lontar itu. Sungguh menakjubkan! Ke semua tiga ratus penyair jatuh ke dalam kolam tetapi lontar itu tidak beranjak dari tempatnya! Selepas kejadian ini, semua penyair-penyair menerima karya-karya Nammalvar. Bagi menebus kesalahan mereka, beberapa orang penyair itu menghasilkan karya yang memuji Nammalvar. 
Sejak itu, kehebatan Nammalvar dan Divya Prabandham semakin meningkat. 

Pengajaran: 
Ayat-ayat suci yang memuji Tuhan mempunyai kesaktiannya sendiri. Kita tidak harus memperkecilkan ayat-ayat suci. 

Tuhan berada dalam hati orang-orang alim. Maka, elakkan perasaan cemburu atau berfikir buruk tentang orang-orang alim. 


Kita harus menghormati dan menyanjung orang-orang alim yang menyanyikan dan bercakap tentang keagungan Tuhan. 

Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu. ...

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...