Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Sri Krishna Chaitanya

Ketika Nimai berusia tujuh belas tahun dia mendapatkan mantera rohani daripada Ishvara Puri, seorang rahib Vaishnava. Selepas kembali ke Nadia, Nimai mendalami disiplin rohaninya. Kini dia telah hilang minat untuk berdebat atau berhujah. Siang dan malam dia mula menyanyikan lagu-lagu suci dan bercakap tentang Tuhan. Perubahan pada pendeta Nimai mengagumkan semua orang di Nadia. Malah mereka juga, seperti terkena pukau, mula mengikut Nimai ke mana-mana sahaja dia pergi sambil menyanyikan ‘Haribol’. Setiap malam, mereka berkumpul dan menyanyikan lagu-lagu suci atau Sankirtana dengan muzik dan menari memikirkan tentang Tuhan. Ketika ini, Nityananda Prabhu, seorang pengajar mazhab Vaishnava tiba di Nadia dan menyertai kumpulan Nimai. Amanat pertama Nimai kepada Nityananda dan Haridasa ialah: “Pergilah, sahabat-sahabatku. Pergi ke jalan-jalan di kota dan berjumpalah dengan semua orang. Suruh mereka untuk menyanyikan nama Hari dan menjalani kehidupan yang suci. Kemudian, setiap p

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu.

Swami Vivekananda

PERMAINAN MEDITASI N arendranath dipanggil secara singkat sebagai “Naren”. Dia seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan cerdik. Naren suka mendengar cerita daripada epik-epik Ramayana dan Mahabharata. Setiap hari, ibu atau neneknya akan bercerita. Naren juga tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar bacaan epik-epik itu di rumah jirannya. Dia amat minat dengan kehidupan Rama, Sita, dan Hanuman. Hanuman menjadi hero kegemaran Naren. Naren juga suka melakukan ‘meditasi‛. Dia akan duduk di hadapan berhala Siva di sebuah tempat yang sunyi. Sambil duduk bersila dan menutup mata, dia berfikir tentang Tuhan. Ada kalanya fikirannya akan tertumpu pada Tuhan. Ketika itu, dia tidak mendengar walaupun sebarang bunyi di sekelilingnya. Pada suatu hari, seekor ular senduk memasuki biliknya. Mendengar desisan ular, kawankawan Naren menjadi takut. Sambil menjerit mereka berlari lintang-pukang. Naren tidak berganjak dari tempatnya. “Naren, ular! Ular!” pekik kawan-kawannya. Na

Sri Ramakrishna

TUHAN BOLEH MELAKUKAN SEGALA-GALANYA M athur Babu sangat menyayangi Ramakrishna. Namun, disebabkan pendidikan moden yang diterimanya, Mathur tidak dapat menerima semua yang dikatakan oleh Ramakrishna. “Tuhan juga harus akur pada hukum-Nya sendiri. Sekali Dia membuat sesuatu hukum, Tuhan tidak boleh melanggar hukum itu,” ujar Mathur. “Jangan merepek! Orang yang membuat sesuatu peraturan boleh membatalkan peraturan itu dan membuat peraturan baru,” Ramakrishna membantahnya. Mathur membantah, “Pokok bunga merah hanya boleh mengeluarkan bunga merah. Pokok itu tidak akan berbunga putih. Tuhan yang telah menetapkannya begitu. Bolehkah Tuhan menukar hukum ini?” “Tuhan boleh melakukan apa-apa sahaja yang Dia mahu. Tidak ada perkara yang mustahil untuk Tuhan,” jawab Ramakrishna. Keesokan harinya, Ramakrishna sedang berjalan-jalan di taman. Tiba-tiba, dia tercegat kekaguman. Pada sebatang pokok terdapat sekuntum bunga merah dan bunga putih pada dahan yang sama. Ramakrishna

Sri Ramanujacharya

KESAKTIAN PRASADA P ada suatu hari, Ramanuja dan lima orang pengikutnya sedang melalui sebuah tasik. Tiba-tiba, Ramanuja berhenti di tepi tasik itu. Dia mengambil segenggam Prasada dan menaburkannya ke dalam tasik. Seekor ikan memakan Prasada itu. Ramanuja meneruskan perjalanannya. Ikan yang memakan Prasada itu bertukar rupa dan ia mula berterbang menuju ke langit. Melihat kejadian itu, pengikut-pengikut Ramanuja enggan untuk meneruskan perjalanan selagi Ramanuja menjelaskan kejadian pelik itu. “Kamu telah melihat kesaktian Prasada,” ujar Ramanuja. “Kami juga memakan Prasada yang sama setiap hari. Namun, kami tidak melihat sebarang perubahan,” seorang pengikut menjawab dengan keraguan. Ramanuja tersenyum. “Ikan itu tidak bebas. Ikan tidak dapat berfikir dengan sendiri. Ia juga tidak melakukan dosa. Jadi, ia dapat menikmati pahala sepenuhnya. Sebaliknya, kamu bebas. Kamu boleh berfikir dengan sendiri. Jadi kamu melakukan kesalahan yang menghalang perkembangan rohan

Adi Sankaracharya

Sankara berasal dari Kaladi, di negeri Kerala, India. Beliau dipercayai sebagai jelmaan Siva.   Beliau disanjung sebagai pengasas falsafah Advaita Vedanta. Antara sumbangan utama Sankara ialah menulis ulasan Bhagavad Gita, beberapa Upanishad utama dan Brahmasutra.  Sankaracharya merupakan pengasas tradisi kerahiban Hindu atau Sannyasa  yang dikenali sebagai Dasanami Sampradaya. Sankara telah menubuhkan empat biara utama di empat penjuru benua India, iaitu Sringeri di selatan), Puri (di timur), Badari (utara), dan Dwaraka (di barat).  K etika Sankara berumur empat tahun, bapanya meninggal dunia. Rentetan daripada peristiwa itu, Aryamba terpaksa menjaga dan membesarkan Sankara seorang diri. Sankara mencapai usia lima tahun. Aryamba menghantarnya ke sebuah Gurukula . Sankara mempelajari Veda dan kitab - kitab suci agama. Dalam masa yang singkat Sankara menguasai semua sastera agama. Pada zaman dahulu, pelajar-pelajar Gurukula dikehendaki untuk tinggal bersama-sama denga