Skip to main content

Naminandi Adikal

Kepercayaan kepada Tuhan akan memberikan kita segala kekuatan dan kesaktian untuk menghadapi cabaran hidup. Itulah yang kita dapat pelajari daripada kisah Naminandi Adikal. 

Naminandi lahir di Perur dalam sebuah keluarga sami yang alim. Dia berpegang kuat kepada kebersihan diri dan kesucian. Naminandi juga amat menyayangi Tuhan yang dipujanya sebagai Tyagaraja. 

Setiap hari, dia melakukan pemujaan ritual di rumahnya dengan penuh Bhakti. Pada suatu hari, dia tidak mempunyai minyak untuk menyalakan pelita untuk Tuhan. Naminandi berasa amat sedih. 

Dia berjumpa dengan jirannya dan meminta sedikit minyak untuk pelita. Jirannya tersenyum sinis dan berkata, "Kami pernah dengar bahawa Tuhan kamu memegang api. Jadi, kenapa Dia nak lampu pelita biasa? Jika kamu teringin sangat untuk menyalakan lampu untuk-Nya, kenapa kamu tak guna air sebagai minyak?" 

Naminandi menahan air matanya. Dengan menunduk kepala, dia kembali ke rumahnya dan memasuki bilik sembahyang. Dia mencurahkan air matanya dan mengadu kepada Tuhan akan nasib malangnya.  Betapa buruk nasibnya jika dia tidak dapat menyalakan sebuah lampu untuk Tuhan!

Tuhan mendengar tangisan Naminandi. Tuhan memberikan petanda kepada Naminandi untuk menyalakan pelita dengan air. 

Dengan penuh kepercayaan, Naminandi pergi ke Kolam Teratai di kuil Tiruvarur dan membawa air. Dia menyalakan pelita dengan air itu. Sungguh menakjubkan! Pelita air itu menyala dengan lebih cerah daripada biasa. 

Pengajaran:
Tuhan mendengar doa untuk Bhakti. Apakah yang Tuhan tidak akan lakukan untuk memenuhi doa pencinta-Nya? 



Comments

Popular posts from this blog

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya.  Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar.  Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila ...