Skip to main content

Karaikal Ammaiyar

Kehidupan para pencinta Tuhan sungguh menakjubkan! Mereka mengharungi segala suka duka kehidupan dengan berserah sepenuhnya pada Tuhan. Kisah hidup Karaikal Ammaiyar ialah satu lagi bukti kebenaran ini. 

Danadattan ialah seorang pedagang kaya di Karaikal. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Punithavathi. Sejak kecil, Punithavathi mempunyai kepercayaan kuat kepada Tuhan. Permainan kegemarannya ialah untuk membina kuil dengan tanah liat dan menyanyikan ayat-ayat suci. 

Punithavathi menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Danadattan mengatur perkahwinan anaknya dengan Paramadattan. Dengan mas kahwin yang besar, Punithavathi pergi ke rumah suaminya. 

Pada suatu hari, dua orang pedagang berjumpa dengan Paramadattan di tempat kerjanya. Mereka memberikannya dua biji buah mangga. Paramadattan menghantar buah-buahan itu ke rumahnya. 

Sementara itu, seorang alim datang ke rumah Paramadattan dan meminta makanan.

Ini adalah suatu tradisi dalam masyarakat Hindu. Seorang yang telah berumah tangga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan makanan dan pakaian kepada orang-orang alim. 

Punithavathi menghidangkan makanan yang lazat kepada orang alim itu. Dia juga menghidangkan sebiji buah mangga kepada orang alim itu. Dengan perut yang kenyang dan berpuas hati dengan layanan Punithavathi, orang alim itu merestui Punithavathi. 

Tidak lama kemudian, Paramadattan datang untuk makan tengah hari. Selepas menghidangkan makanan, Punithavathi menghidangkan buah mangga. Buah mangga itu amat manis. Oleh itu, Paramadattan meminta isterinya untuk membawa buah mangga yang lain. 

Punithavathi berasa takut untuk memberitahu suaminya bahawa dia telah memberikan buah mangga itu kepada orang alim. Dengan hati yang berdebar-debar, dia pergi ke dapur dan berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba sebiji buah mangga jatuh ke dalam tangannya. 

Dengan lega, Punithavathi menghidangkan buah mangga itu. Paramadattan terpegun dengan kelazatan luar biasa buah mangga itu. "Saya rasa tidak ada buah mangga semanis ini di dunia ini. Betulkah ini ialah buah mangga yang diberikan oleh pedagang itu?" Paramadattan bertanya. 

Dengan jujur, Punithavathi menceritakan apa yang berlaku. Paramadattan seorang yang materialistik. Dia tidak percaya bahawa Tuhan mendengar doa Punithavathi. Dengan nada ejekan, dia berkata, "Betulkah Tuhan menjatuhkan buah mangga? Kalau betul, buktikan sekarang! Saya nak tahu lagi buah manga ajaib!" 

Punithavathi, sekali lagi, berdoa kepada Tuhan untuk menyelamatkannya daripada situasi genting itu. 

Sekali lagi, Tuhan menjatuhkan sebiji buah mangga yang segar jatuh ke tangan Punithavathi. 

Punithavathi bersyukur kepada Tuhan dan meletakkan buah mangga itu ke dalam tangan suaminya. Sebaik sahaja buah mangga itu menyentuh tangan Paramadattan, ia ghaib. 

Badan Paramadattan menggeletar ketakutan. Dia percaya bahawa Punithavathi ialah seorang wanita yang luar biasa. Takut untuk duduk serumah dengannya, Paramadattan melarikan diri ke negeri Pandyan. 

Tidak lama kemudian, Paramadattan berkahwin semula dengan seorang wanita lain di negeri Pandyan. Apabila dia mendapat seorang anak perempuan, dia menamakannya sebagai 'Punithavathi'. 

Saudara-mara Paramadattan di Karaikal memujuknya untuk menerima semula Punithavathi. Dengan tegas, Paramadattan menolak nasihat mereka. 

Punithavathi mendapat tahu bahawa saudara-maranya sedang cuba untuk menyatukannya dengan Paramadattan. 

Seperti lazimnya, Punithavathi berdoa kepada Tuhan untuk menjadikannya tua dan hodoh. Kecantikan dan keremajaan sering membuat manusia melupakan Tuhan. Oleh itu, Punithavathi berdoa untuk menjadi tua dan hodoh, agar dia dapat menghabiskan masanya dengan Tuhan. 

Tuhan memenuhi doa Punithavathi dan menjadikannya seekor perempuan tua. Sejak itu, Punithavathi tinggal seorang diri dan memuja Tuhan. Segala kecantikannya disalurkan ke dalam ayat-ayat suci yang dihasilkannya. Semua orang menghormatinya sebagai Karaikal Ammaiyar. 

Pengajaran: 
Kehidupan Karaikal Ammaiyar ialah suatu contoh terbaik kebudayaan Hindu. Sebagai seorang wanita yang telah berkahwin, dia menjadi isteri dan puan rumah yang sempurna. Namun, apabila suaminya gagal untuk melayannya  dengan baik atau menyintainya, dia berserah kepada Tuhan. Dia tidak menuturkan walaupun sepatah kata yang pedih atau kasar. Baki hidupnya hanya untuk menjalani kehidupan yang suci. 


Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil itu ditetapkan dan segala pe

Atipathar

  Semua orang, tanpa menggira taraf atau darjat, layak untuk menjadi pencinta Tuhan. Tuhan hanya melihat Bhakti dalam hati kita.  Kisah Atipathar Nayanar membuktikan kebenaran ini.  Atipathar ialah seorang nelayan miskin. Dia berusaha untuk berkhidmat kepada Tuhan dengan melepaskan seekor ikan ke dalam laut daripada tangkapan hariannya. Tuhan menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh seorang pencinta-Nya yang setia.  Setiap hari, selepas menangkap ikan, Athipathar melepaskan seekor ikan  sebagai persembahan kepada Tuhan. Dengan baki tangkapannya, dia meneruskan kehidupannya dengan puas hati.  Beberapa lama kemudian, Atipathar tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun. Setiap hari, dia pulang ke rumah dengan tangan kosong. Badannya menjadi kurus kering akibat kebuluran. Dengan berserah kepada Tuhan, Atipathar meneruskan hidupnya.  Beberapa hari kemudian, seekor ikan besar tersangkut pada jala Atipathar. Ikan itu kelihatan amat pelik. Kulitnya berkilau dengan batu

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p