Skip to main content

Tiruneelakandar

Kebenaran merupakan tunjang agama Hindu. Sikap bercakap benar dan berpegang kepada kebenaran ialah sifat utama seorang pencinta Tuhan. Kita boleh lihat ini dalam kisah Tiruneelakandar.  

Tiruneelakandar ialah seorang pembuat tembikar. Dia tinggal bersama isterinya dengan senang-lenang. Dia memuja Siva sebagai 'Tiruneelakandam'. 

Pada suatu hari, selepas menghabiskan masa bersama seorang wanita di tempat hiburan, Tiruneelakandar pulang ke rumahnya. Perbuatan Tiruneelakandar amat melukakan hati isterinya. Dengan marah, isterinya berkata, "Atas nama Tiruneelakandam, jangan sentuh kami lagi!" 

Tiruneelakandar menyedari kesalahannya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana isterinya telah menyebut 'kami', sejak itu, Tiruneelakandar bersumpah untuk tidak menyentuh orang perempuan termasuk isterinya sendiri. Dia hidup seperti seorang alim yang suci.

Pada suatu hari, seorang Siva-Yogi berjumpa dengan Tiruneelakandar dan memberinya sebuah mangkuk untuk dijaga sementara Siva-Yogi melakukan lawatan suci. Tiruneelakandar menyimpan mangkuk itu dengan berhati-hati. 

Beberapa lama kemudian, Siva-Yogi kembali dan menuntut mangkuknya. Peliknya, mangkuk itu tidak dapat ditemui. Tiruneelakandar mencarinya di semua tempat  dengan sia-sia. 

Akhirnya, Tiruneelakandar menawarkan beberapa buah mangkuk baru sebagai ganti. Siva-Yogi enggan menerimanya dan mendesak agar mangkuknya dipulangkan. Dia menuduh Tiruneelakandar sebagai pencuri. 

Tiruneelakandar menafikan bahawa dia telah mencuri mangkuk itu. Siva-Yogi menyuruhnya untuk membuktikan dirinya dengan memegang tangan isterinya, lalu masuk ke dalam kolam air dan mengambil sumpah bahawa dia tidak bersalah. 

Tiruneelakandar enggan melakukan seperti yang disuruh. Sekiranya dia memegang tangan isterinya, ia akan melanggari sumpah isterinya dahulu. 

Oleh itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa pertikaian mereka ke majlis timbang tara. Sami-sami kuil Chidambaram menjadi ahli juri. 

Tiruneelakandar menerima semua tuduhan Siva-Yogi kecuali tuduhan mencuri. Dia mengakui bahawa mungkin dia telah lalai tetapi dia bukan pencuri. Sami-sami memintanya untuk mengambil sumpah seperti mana diminta oleh Siva-Yogi.

Tiruneelakandar berpegang kuat kepada sumpah bahawa dia tidak akan menyentuh seorang wanita. Kini dia terpaksa membuktikan bahawa dia tidak bersalah dengan memegang tangan isterinya. Sekiranya dia memegang tangan isterinya, maka, dia akan melanggari sumpahnya. 

Selepas berfikir sejenak, Tiruneelakandar mendapat satu idea. Dia mengambil sebatang kayu dan memegangnya pada satu hujung. Isterinya pula pegang hujung yang lain. Sambil memegang kayu itu, mereka masuk ke dalam kolam air. Apabila mereka keluar dari air, Siva-Yogi telah ghaib! Siva dan Parvati berada di tempatnya di atas Nandi! Tiruneelakandar dan isterinya juga telah menjadi muda! 

Nampaknya, Tuhan telah datang dalam rupa Siva-Yogi untuk menguji ketaatan Tiruneelakandar pada kebenaran. 

Pengajaran: 
Agama Hindu meminta kita untuk bercakap benar. 
Seorang Hindu yang alim, akan sentiasa berpegang kepada kebenaran dalam apa jua keadaan. 




Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu. ...

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...