Skip to main content

Posts

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya! 
Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin. 

Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna.
Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa. 
Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan persoalan Nachiketa. Apabil…
Recent posts

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya. 


Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana.
Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar. 
Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila mendengar khabar ini, Raja m…

Amarneethiyar

Adakalanya ujian Tuhan terhadap kesetiaan pemuja-Nya melampaui segala batasan. Amarneethiyar dari Palayarai ialah seorang pencinta Tuhan yang berjaya dalam ujian kesetiaan ini. 
Amarneethiyar menjadi seorang pedagang. Dia terkenal sebagai seorang yang jujur dan dermawan. Dia sering memberi makanan dan pakaian kepada orang-orang alim. Dia juga telah membina sebuah tempat rehat untuk orang-orang yang melakukan lawatan suci di Tirunallur. 
Pada suatu hari, Tuhan sendiri muncul dalam rupa seorang alim. Tuhan memberikan sehelai kain cawat-Nya kepada Amarneethiyar untuk dijaga sementara Dia bermandi di sungai. Amarneethiyar menyimpan kain itu di dalam sebuah peti dan menguncinya. 
Selepas bermandi, Orang Alim itu kembali untuk menuntut kain cawat-Nya. Sungguh pelik! Kain itu tidak ada dalam peti! 
Selepas mencari di semua tempat dan gagal, Amarneethiyar menawarkan sehelai kain cawat baru sebagai ganti. Orang Alim itu enggan menerimanya dan mula mengamuk. "Kamu menyamar sebagai seorang pemu…

Arivattayar

Apakah gunanya hidup jika tidak dapat memuja Tuhan? Itulah persoalan yang timbul dalam fikiran Arivattayar, seorang Nayanmar yang hebat. 

Tayanar berasal daripada sebuah keluarga petani yang kaya di Kannamangalam, di tebing sungai Kaveri. 


Tayanar seorang yang sederhana. Cara pemujaannya juga amat sederhana tetapi dengan penuh Bhakti. Setiap hari, dia mempersembahkan kepada Tuhan nasi, sayur-sayuran yang dimasak dan buah mangga. Dia melakukan ini sebagai suatu disiplin rohani wajib. Tidak ada apa-apa yang dapat menghentikannya daripada melakukan persembahan harian ini. 


Namun, tiba-tiba nasib Tayanar berubah. Keluarganya ditimpa kemiskinan. Dengan bersusah payah, dia meneruskan persembahan hariannya. 


Bagi menampung perbelanjaan pemujaan hariannya, Tayanar mendapatkan kerja di sawah. Daripada upah yang diperolehinya, dia meneruskan persembahan makanan harian kepada Tuhan. Adakalanya, dia mengikat perut agar dapat memberikan nasi, sayur-sayuran, dan buah mangga kepada Tuhan. 


Walaupun hatin…

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya. 
Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama. 
Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya. 
Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!  
Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil itu ditetapkan dan segala persediaan dilakukan untu…

Pugalthunayar

Hidup manusia tiada sebarang makna tanpa Tuhan. Kisah Pugalthunayar memberikan kita pengajaran ini. 
Pugalthunayar ialah seorang sami di sebuah kuil Siva di Srivilliputtur. Sebagai sami, Pugalthunayar melakukan kerja pemujaan dan sembahyang di kuil.  
Pada suatu ketika, kemarau melanda Srivilliputtur. Makanan menjadi kurang dan menyebabkan orang-orang miskin kebuluran. Pugalthunayar juga merana akibat kebuluran. Semakin hari, badannya semakin lemah dan kurus. 
Namun, kelaparan hanya untuk badan. Hati Pugalthunayar penuh dengan Bhakti. Oleh itu, dia masih meneruskan dengan kerja-kerja pemujaan harian.
Pada suatu hari, ketika menjunjung air untuk pemujaan Sivalinga, Pugalthunayar hilang kawalan lalu terjatuh. Belanga airnya pula jatuh ke atas Sivalinga. Pugalthunayar pengsan dan mendapat satu mimpi yang pelik. Siva muncul dalam mimpinya dan berjanji, "Sehingga kemarau berakhir, Aku akan memberikanmu sekeping duit syiling emas." 

Pada keesokan harinya, Pugalthunayar menemui sekeping…

Atipathar

Semua orang, tanpa menggira taraf atau darjat, layak untuk menjadi pencinta Tuhan. Tuhan hanya melihat Bhakti dalam hati kita. Kisah Atipathar Nayanar membuktikan kebenaran ini. 
Atipathar ialah seorang nelayan miskin. Dia berusaha untuk berkhidmat kepada Tuhan dengan melepaskan seekor ikan ke dalam laut daripada tangkapan hariannya. Tuhan menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh seorang pencinta-Nya yang setia. 
Setiap hari, selepas menangkap ikan, Athipathar melepaskan seekor ikan  sebagai persembahan kepada Tuhan. Dengan baki tangkapannya, dia meneruskan kehidupannya dengan puas hati. 
Beberapa lama kemudian, Atipathar tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun. Setiap hari, dia pulang ke rumah dengan tangan kosong. Badannya menjadi kurus kering akibat kebuluran. Dengan berserah kepada Tuhan, Atipathar meneruskan hidupnya. 
Beberapa hari kemudian, seekor ikan besar tersangkut pada jala Atipathar. Ikan itu kelihatan amat pelik. Kulitnya berkilau dengan batu-batu permata! Atipathar m…