Skip to main content

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya! 
Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin. 


Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna.

Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa. 

Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan persoalan Nachiketa. Apabila, Nachiketa terus mengulangi soalannya, bapanya menjawab, "Aku serahkan engkau kepada Maut!" 

Terperanjat dengan kata-kata bapanya, Nachiketa berfikir. "Apakah kekuranganku untuk menerima hukuman ini?" Dia tidak sanggup untuk mengabaikan kata-kata bapanya. Tanpa membuang masa, Nachiketa bertolak ke Yamaloka, dunia Dewa Maut. 

Dewa Maut tidak berada di Yamaloka ketika itu. Oleh itu, Nachiketa menunggu di pintu Yamaloka selama tiga hari. Apabila Yama pulang ke istananya, menteri-menterinya memberikan khabar tentang kedatangan Nachiketa. Nasib buruk akan menimpa orang yang mengabaikan seorang tetamu yang alim. Oleh itu, mereka menasihatkan Yama untuk menenangkan Nachiketa. 

Yama memanggil Nachiketa menghadapnya dan meminta maaf. Bagi menenangkan Nachiketa, Yama menawarkan tiga rahmat. Nachiketa menerima tawaran Yama dan meminta Yama untuk menyingkirkan kemarahan bapanya. Kemudian, Nachiketa meminta Yama untuk mengajarnya suatu ritual khas untuk mencapai syurga. Yama memenuhi kedua-dua rahmat ini.

Sebagai rahmat ketiga, Nachiketa meminta Yama untuk mengajarnya rahsia kematian. "Apakah yang berlaku selepas kematian? Adakah jiwa terus hidup selepas kematian?" tanya Nachiketa. 

Dewa Maut terkejut dengan soalan itu. Dia juga enggan untuk mendedahkan rahsia itu kepada seorang yang tidak layak. Oleh itu, Yama cuba untuk menggoda Nachiketa dengan pelbagai benda lain. 

"Lupakan tentang kematian. Sekarang, kamu masih muda. Dapatkan istana, kekayaan, kereta-kereta pedati, dan kerajaan. Nikmati segala kemewahan dunia ini. Aku juga boleh memberikan kamu usia yang panjang dan keremajaan abadi. Mintalah sesuatu yang boleh memberikan kamu kebahagiaan abadi di dunia ini," kata Yama. 

Nachiketa tidak terpedaya dengan tawaran Yama. "Apakah gunanya semua benda ini? Kelak, semuanya akan berakhir. Remaja akan menjadi tua. Cantik akan kelak menjadi hodoh. Tiada sesiapapun yang akan hidup selama-lamanya. Jadi, berilah saya ilmu yang membolehkan saya mengatasi maut," ujar Nachiketa. 

Akhirnya, Yama berkata, "Manusia mempunyai dua pilihan antara kebaikan dan keseronokan. Kebanyakan orang memilih keseronokan. Mereka tidak sedar bahawa semua keseronokan akan berakhir. Tetapi, orang yang bijak memilih kebaikan. Kebaikan akan memberikan kehidupan abadi dan membantu manusia merentasi kitaran hidup dan mati. Kamu telah memilih kebaikan. Saya akan mengajar kamu rahsia kematian." 

Selepas mendapatkan rahsia itu, Nachiketa pulang ke rumahnya. 

Pengajaran: Kecekalan Nachiketa menghadapi cabaran hidup perlu diteladani. Gunakan peluang yang ada pada zaman remaja untuk menimba ilmu. 




Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu. ...