Skip to main content

Pugalthunayar

Hidup manusia tiada sebarang makna tanpa Tuhan. Kisah Pugalthunayar memberikan kita pengajaran ini. 

Pugalthunayar ialah seorang sami di sebuah kuil Siva di Srivilliputtur. Sebagai sami, Pugalthunayar melakukan kerja pemujaan dan sembahyang di kuil.  

Pada suatu ketika, kemarau melanda Srivilliputtur. Makanan menjadi kurang dan menyebabkan orang-orang miskin kebuluran. Pugalthunayar juga merana akibat kebuluran. Semakin hari, badannya semakin lemah dan kurus. 

Namun, kelaparan hanya untuk badan. Hati Pugalthunayar penuh dengan Bhakti. Oleh itu, dia masih meneruskan dengan kerja-kerja pemujaan harian.

Pada suatu hari, ketika menjunjung air untuk pemujaan Sivalinga, Pugalthunayar hilang kawalan lalu terjatuh. Belanga airnya pula jatuh ke atas Sivalinga. Pugalthunayar pengsan dan mendapat satu mimpi yang pelik. Siva muncul dalam mimpinya dan berjanji, "Sehingga kemarau berakhir, Aku akan memberikanmu sekeping duit syiling emas." 


Pada keesokan harinya, Pugalthunayar menemui sekeping duit emas di tapak Sivalinga. Dia menggunakan duit itu untuk mendapatkan makanan. Dia berasa gembira dengan kemurahan hati Tuhan. Setiap hari Tuhan memberikan Pugalthunayar sekeping duit syiling sehingga kemarau berakhir. 

Pengajaran: 
Bhakti untuk Tuhan ialah matlamat sebenar kehidupan.
Para pencinta Tuhan mengharungi suka duka hidup dengan memenuhi hati dan jiwa mereka dengan cinta kepada Tuhan. 




Comments

Popular posts from this blog

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya.  Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar.  Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila ...