Skip to main content

Arivattayar


Apakah gunanya hidup jika tidak dapat memuja Tuhan? Itulah persoalan yang timbul dalam fikiran Arivattayar, seorang Nayanmar yang hebat. 


Tayanar berasal daripada sebuah keluarga petani yang kaya di Kannamangalam, di tebing sungai Kaveri. 



Tayanar seorang yang sederhana. Cara pemujaannya juga amat sederhana tetapi dengan penuh Bhakti. Setiap hari, dia mempersembahkan kepada Tuhan nasi, sayur-sayuran yang dimasak dan buah mangga. Dia melakukan ini sebagai suatu disiplin rohani wajib. Tidak ada apa-apa yang dapat menghentikannya daripada melakukan persembahan harian ini. 



Namun, tiba-tiba nasib Tayanar berubah. Keluarganya ditimpa kemiskinan. Dengan bersusah payah, dia meneruskan persembahan hariannya. 



Bagi menampung perbelanjaan pemujaan hariannya, Tayanar mendapatkan kerja di sawah. Daripada upah yang diperolehinya, dia meneruskan persembahan makanan harian kepada Tuhan. Adakalanya, dia mengikat perut agar dapat memberikan nasi, sayur-sayuran, dan buah mangga kepada Tuhan. 



Walaupun hatinya cekal menghadapi dugaan, badannya tidak dapat menahan kebuluran. Pada suatu hari, badannya yang lesu jatuh di tepi jalan. Alamak! Persembahan makanan yang dibawanya berteraburan di atas tanah. 



Tayanar berasa kecewa. Fikiran bahawa dia tidak mampu untuk mempersembahkan sedikit makanan kepada Tuhan, mengoncang dirinya. Hidupnya terasa sia-sia. Dengan fikiran itu, Tayanar mengambil sebilah parang dan hampir memenggal kepalanya sendiri.



Suatu suara yang penuh kasih, memanggil Tayanar dan menegahnya. "Marilah kawan-Ku! Aku akan makan mangga yang kamu telah bawa!" Ini diikuti dengan bunyi seorang menggigit buah mangga. 



Tayanar berasa bahawa matlamat hidupnya telah sempurna. Dia sedar bahawa Tuhan telah menerima persembahannya dan merestuinya. 



Pengajaran: 

Tayanar masih disanjung sebagai seorang pencinta Tuhan yang hebat. Dia sanggup menamatkan hidupnya kerana dia tidak dapat berkhidmat kepada Tuhan. 

Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu. ...

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...