Skip to main content

Sri Ramakrishna

TUHAN BOLEH MELAKUKAN SEGALA-GALANYA

Mathur Babu sangat menyayangi Ramakrishna. Namun, disebabkan pendidikan moden yang diterimanya, Mathur tidak dapat menerima semua yang dikatakan oleh Ramakrishna.

“Tuhan juga harus akur pada hukum-Nya sendiri. Sekali Dia membuat sesuatu hukum, Tuhan tidak boleh melanggar hukum itu,” ujar Mathur.

“Jangan merepek! Orang yang membuat sesuatu peraturan boleh membatalkan peraturan itu dan membuat peraturan baru,” Ramakrishna membantahnya.

Mathur membantah, “Pokok bunga merah hanya boleh mengeluarkan bunga merah. Pokok itu tidak akan berbunga putih. Tuhan yang telah menetapkannya begitu. Bolehkah Tuhan menukar hukum ini?”

“Tuhan boleh melakukan apa-apa sahaja yang Dia mahu. Tidak ada perkara yang mustahil untuk Tuhan,” jawab Ramakrishna.

Keesokan harinya, Ramakrishna sedang berjalan-jalan di taman. Tiba-tiba, dia tercegat kekaguman. Pada sebatang pokok terdapat sekuntum bunga merah dan bunga putih pada dahan yang sama. Ramakrishna mematahkan dahan kecil itu dan membawanya kepada Mathur.

“Tengok sini, Mathur. Tengok apa yang boleh dilakukan oleh Tuhan!” seru Ramakrishna dengan riang.


“Betul, Tuhan boleh melakukan segalagalanya!” Mathur mengakui dengan rendah diri.

BERHALA RADHAKANTHA

Pada suatu hari, suatu kemalangan berlaku. Seorang sami terjatuhkan berhala Radhakanta secara cuai. Kaki berhala itu terpatah. Rani Rasmani meminta nasihat para pendeta.

“Kamu tidak boleh menyembah berhala yang telah patah. Perbuatan ini bertentangan dengan agama. Baik kamu dapatkan berhala baru. Buang berhala ini ke dalam sungai Ganges,” kata para pendeta dengan sebulat suara.

Rani amat menyayangi berhala Radhakanta itu. Dia tidak sanggup untuk membuangnya. Dalam keadaan bimbang, Rani meminta pendapat Sri Ramakrishna.

“Nak buang berhala itu ke dalam Ganges! Memang bodoh! Katakan menantu Rani terpatah kaki. Adakah Rani akan menghalau menantunya dan membawa menantu baru?” jawab Ramakrishna.

Rani berpuas hati dengan jawapan yang munasabah itu. Dia meminta Ramakrishna untuk membaiki berhala itu. Ramakrishna mahir dalam seni ukiran patung. Dia membaiki berhala itu dengan sempurna. Berhala Radhakanta itu masih berada di kuil Dakshineswar. Rentetan daripada kejadian itu, Ramakrishna menjadi sami kuil Radhakanta. Tidak lama kemudian, Ramakrishna mengambil alih tugas sebagai sami kuil Bhavatarini.

Comments

Popular posts from this blog

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya.  Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar.  Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila ...