Skip to main content

Swami Vivekananda

PERMAINAN MEDITASI

Narendranath dipanggil secara singkat sebagai “Naren”. Dia seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan cerdik. Naren suka mendengar cerita daripada epik-epik Ramayana dan Mahabharata. Setiap hari, ibu atau neneknya akan bercerita. Naren juga tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar bacaan epik-epik itu di rumah
jirannya. Dia amat minat dengan kehidupan Rama, Sita, dan Hanuman. Hanuman menjadi hero kegemaran Naren.

Naren juga suka melakukan ‘meditasi‛. Dia akan duduk di hadapan berhala Siva di sebuah tempat yang sunyi. Sambil duduk bersila dan menutup mata, dia berfikir tentang Tuhan. Ada kalanya fikirannya akan tertumpu pada Tuhan. Ketika itu, dia tidak mendengar walaupun sebarang bunyi di sekelilingnya.

Pada suatu hari, seekor ular senduk memasuki biliknya. Mendengar desisan ular, kawankawan Naren menjadi takut. Sambil menjerit mereka berlari lintang-pukang. Naren tidak berganjak dari tempatnya.

“Naren, ular! Ular!” pekik kawan-kawannya.

Naren tidak mendengar jeritan mereka. Sejenak kemudian, ular itu beredar pergi.

“Naren, kenapa kamu tak lari dari bilik itu?” tanya ibunya.

“Ular? Di mana? Saya tak tahu, ibu. Saya sedang bermeditasi,” jawab Naren dengan bingung.

KEMURAHAN HATI NAREN

Vishwanath Datta, bapa Naren ialah seorang peguam. Vishwanath seorang yang berhati mulia. Dia suka menderma dan membantu golongan miskin dan para rahib.
Ramai saudara-mara Vishwanath bergantung kepada pendapatannya untuk menyara hidup.

Naren juga mempunyai sifat murah hati sama seperti bapanya. Golongan rahib sering datang ke rumah mereka untuk meminta sedekah. Mereka tahu mereka pasti mendapat sedekah di rumah itu. Naren memberikan apa-apa sahaja yang dia dapat, tidak kira murah atau mahal.

Dia berasa senang hati kerana dapat memberikan sesuatu kepada orang lain.

Pada suatu hari, Naren sedang memakai sehelai dhoti baru. Dia berasa gembira kerana dhoti itu amat cantik. Ketika itu, seorang rahib tua datang meminta sedekah. Naren memberikan dhoti baru itu kepada rahib itu. Dia tidak berasa kesal atau sedih untuk memberikan dhoti barunya.

Kesudahannya, ibu Naren hilang kesabaran. Ibunya khuatir Naren akan mendermakan benda-benda mahal di rumah mereka. Jadi, Bhuvaneshwari mengurung Naren di sebuah bilik dan mengunci pintunya dari luar. Bukannya mudah untuk mengawal seorang budak seperti Naren!

Bilik itu bersebelahan dengan jalan raya. Sebaik sahaja seseorang fakir datang meminta sedekah, Naren tidak dapat menahan dirinya. Dia mencari sekeliling bilik itu dan terpandang sebuah peti. Naren membuka peti itu lalu mengeluarkan beberapa helai sari yang mahal. Dia mencampakkan sari itu kepada si fakir melalui tingkap.


Berilah apa yang kamu mampu. Selepas memberi, jangan harapkan sebarang balasan. Berilah dengan penuh kasih sayang. Berilah seperti sekuntum bunga memberikan harumannya, tanpa disedari.

Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Sri Madhvacharya

MENGHAPUSKAN UPACARA KORBAN Pada zaman itu, tinggal seorang Brahmin yang kejam bernama Jaraghatita. Dia melakukan upacara korban haiwan. Dia juga menggunakan minuman keras dalam upacara sembahyang. Perbuatan-perbuatan ini bercanggah dengan ajaran Veda dan Vedanta. Madhva mencabar Jaraghatita untuk membuktikan amalan agamanya dengan menggunakan teks-teks Veda. Dalam khalayak ramai, mereka berdebat dengan hangat. Akhirnya, Madhva mengalahkan fahaman Jaraghatita. Madhva membuktikan bahawa upacara korban haiwan adalah bercanggah dengan ajaran sebenar Veda. Selepas itu, Madhva memperkenalkan tradisi pemujaan yang baru. Dia juga menghapuskan upacara korban haiwan. BERHADAPAN DENGAN PEMERINTAH TURKI Pada suatu ketika, Madhva terpaksa merentasi sungai Ganges. Tebing bertentangan berada di bawah pentadbiran seorang pemerintah Turki. Askar-askar Turki menghalang Madhva merentasi sungai di tempat itu. Madhva tidak mengendahkan mereka. Dengan berani, dia cuba merentasi sungai itu. ...