Skip to main content

Sri Ramanujacharya

KESAKTIAN PRASADA

Pada suatu hari, Ramanuja dan lima orang pengikutnya sedang melalui sebuah tasik. Tiba-tiba, Ramanuja berhenti di tepi tasik itu. Dia mengambil segenggam Prasada dan menaburkannya ke dalam tasik. Seekor ikan memakan Prasada itu. Ramanuja meneruskan perjalanannya. Ikan yang memakan Prasada itu bertukar rupa dan ia mula berterbang menuju ke langit.

Melihat kejadian itu, pengikut-pengikut Ramanuja enggan untuk meneruskan perjalanan selagi Ramanuja menjelaskan kejadian pelik itu.

“Kamu telah melihat kesaktian Prasada,” ujar Ramanuja.

“Kami juga memakan Prasada yang sama setiap hari. Namun, kami tidak melihat sebarang perubahan,” seorang pengikut menjawab dengan keraguan.

Ramanuja tersenyum. “Ikan itu tidak bebas. Ikan tidak dapat berfikir dengan sendiri. Ia juga tidak melakukan dosa. Jadi, ia dapat menikmati pahala sepenuhnya. Sebaliknya, kamu bebas. Kamu boleh berfikir dengan sendiri. Jadi kamu melakukan kesalahan yang menghalang perkembangan rohani kamu,” jelas Ramanuja.

KEPERCAYAAN DAN BHAKTI

Pada suatu hari, Ramanuja sedang bercakap dengan pengikut-pengikutnya. Mereka tidak dapat memahami buku-buku yang ditulisnya. Ramanuja berkata, “Sebenarnya, buku-buku saya hanya memberikan satu maksud yakni Berserahlah kepada Tuhan.”

Pengikut-pengikutnya masih menegaskan bahawa mereka tidak dapat memahami buku-bukunya. Ramanuja meminta seorang pengikutnya untuk membawa seorang tukang jahit yang bisu dan pekak. Apabila tukang jahit itu datang, Ramanuja meminta semua pengikutnya untuk meninggalkan bilik itu. Selepas semua orang keluar, Ramanuja bangun dan mengisyaratkan kepada tukang jahit itu untuk menyentuh kakinya. Lelaki itu sujud lalu menyentuh kaki Ramanuja. Badannya mula bergeletar. Dia menitiskan air mata kegembiraan. Apabila para pengikut Ramanuja kembali ke bilik itu, mereka kagum melihat keadaan lelaki itu.

“Lelaki ini menyentuh kaki saya dengan penuh kepercayaan, Bhakti dan berserah sepenuhnya. Jadi, walaupun dia tidak tahu sebarang falsafah, dia telah mencapai kesempurnaan,” jelas Ramanuja.


Comments

Popular posts from this blog

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya.  Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar.  Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila ...