Skip to main content

Adi Sankaracharya

  • Sankara berasal dari Kaladi, di negeri Kerala, India.
  • Beliau dipercayai sebagai jelmaan Siva.  
  • Beliau disanjung sebagai pengasas falsafah Advaita Vedanta.
  • Antara sumbangan utama Sankara ialah menulis ulasan Bhagavad Gita, beberapa Upanishad utama dan Brahmasutra. 
  • Sankaracharya merupakan pengasas tradisi kerahiban Hindu atau Sannyasa  yang dikenali sebagai Dasanami Sampradaya.
  • Sankara telah menubuhkan empat biara utama di empat penjuru benua India, iaitu Sringeri di selatan), Puri (di timur), Badari (utara), dan Dwaraka (di barat). 
Ketika Sankara berumur empat tahun, bapanya meninggal dunia. Rentetan daripada peristiwa itu, Aryamba terpaksa menjaga dan membesarkan Sankara seorang diri.

Sankara mencapai usia lima tahun. Aryamba menghantarnya ke sebuah Gurukula. Sankara mempelajari Veda dan kitab - kitab suci agama. Dalam masa yang singkat Sankara menguasai semua sastera agama.

Pada zaman dahulu, pelajar-pelajar Gurukula dikehendaki untuk tinggal bersama-sama dengan guru mereka. Di samping mempelajari Veda, mereka juga dapat berkhidmat kepada guru mereka dengan penuh hormat dan kasih sayang. Dengan cara ini, guru dapat memberikan mereka ilmu dan membentuk keperibadian mereka dengan penerapan nilai-nilai murni.

Setiap hari, pelajar-pelajar Gurukula pergi mengemis makanan dari rumah ke rumah. Makanan yang dikumpul dengan cara sebegini dianggap sebagai makanan yang suci. Pada suatu hari, Sankara keluar untuk mengemis makanan. Dia tiba di hadapan sebuah pondok kecil. Seorang perempuan miskin tinggal di pondok itu. Melihat kelibat Sankara, wanita itu teringin untuk memberinya sesuatu. Malangnya, dia tidak ada apa-apa pun di pondoknya. Selepas menggeledah dapurnya, dia menemui hanya sebiji buah melaka yang kecil. Dengan penuh kasih sayang, perempuan itu memberikan buah melaka itu kepada Sankara.

Sankara berasa terharu. Dengan menutup matanya, dia berdoa kepada Dewi Lakshmi. Dia memanjatkan doanya dengan menyanyikan sebuah Stotra. Mendengar Stotra itu, Dewi Lakshmi mencurahkan buah melaka emas di hadapan pondok itu. Sejak itu, perempuan itu hidup senang tanpa sebarang kesusahan.

Stotra Sankara untuk memuji Dewi Lakshmi ini dikenali sebagai ‘Kanakadhara Stava‛. Stotra ini masih popular. Orang-orang Hindu menyanyikan Stotra ini untuk mendapatkan restu Dewi Lakshmi.

Comments

Popular posts from this blog

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil itu ditetapkan dan segala pe

Atipathar

  Semua orang, tanpa menggira taraf atau darjat, layak untuk menjadi pencinta Tuhan. Tuhan hanya melihat Bhakti dalam hati kita.  Kisah Atipathar Nayanar membuktikan kebenaran ini.  Atipathar ialah seorang nelayan miskin. Dia berusaha untuk berkhidmat kepada Tuhan dengan melepaskan seekor ikan ke dalam laut daripada tangkapan hariannya. Tuhan menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh seorang pencinta-Nya yang setia.  Setiap hari, selepas menangkap ikan, Athipathar melepaskan seekor ikan  sebagai persembahan kepada Tuhan. Dengan baki tangkapannya, dia meneruskan kehidupannya dengan puas hati.  Beberapa lama kemudian, Atipathar tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun. Setiap hari, dia pulang ke rumah dengan tangan kosong. Badannya menjadi kurus kering akibat kebuluran. Dengan berserah kepada Tuhan, Atipathar meneruskan hidupnya.  Beberapa hari kemudian, seekor ikan besar tersangkut pada jala Atipathar. Ikan itu kelihatan amat pelik. Kulitnya berkilau dengan batu

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p