Skip to main content

Sri Krishna Chaitanya

Ketika Nimai berusia tujuh belas tahun dia mendapatkan mantera rohani daripada Ishvara Puri, seorang rahib Vaishnava. Selepas kembali ke Nadia, Nimai mendalami disiplin rohaninya. Kini dia telah hilang minat untuk berdebat atau berhujah. Siang dan malam dia mula menyanyikan lagu-lagu suci dan bercakap tentang Tuhan.

Perubahan pada pendeta Nimai mengagumkan semua orang di Nadia. Malah mereka juga, seperti terkena pukau, mula mengikut Nimai ke mana-mana sahaja dia pergi sambil menyanyikan ‘Haribol’. Setiap malam, mereka berkumpul dan menyanyikan lagu-lagu suci atau Sankirtana dengan muzik dan menari memikirkan tentang Tuhan. Ketika ini, Nityananda Prabhu, seorang pengajar mazhab Vaishnava tiba di Nadia dan menyertai kumpulan Nimai.

Amanat pertama Nimai kepada Nityananda dan Haridasa ialah: “Pergilah, sahabat-sahabatku. Pergi ke jalan-jalan di kota dan berjumpalah dengan semua orang. Suruh mereka untuk menyanyikan nama Hari dan menjalani kehidupan yang suci. Kemudian, setiap petang, datang kepadaku untuk melaporkan hasil ceramah kamu.”

Kini, seluruh pekan Nadia menjadi sebuah bazar ria. Nyanyian “Haribol” kedengaran di semua tempat.

Segelintir kecil golongan Brahmin yang konservatif tidak menyukai perubahan yang dibawa oleh kumpulan Sankirtana ini. Mereka juga berasa iri hati melihat kejayaan Nimai. “Apa yang pendeta Nimai sedang lakukan tidak ada dalam mana-mana Veda kita. Dia cuma menyebarkan suatu ajaran palsu.” Mereka membuat rancangan jahat dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Nadia ketika itu berada di bawah pemerintah Muslim bernama Chand Kazi.

Selepas menerima aduan, Chand Kazi datang ke sebuah rumah di mana Sankirtana sedang dijalankan. Kazi memecahkan sebuah gendang di situ dan mengancam bahawa sekiranya Nimai dan kumpulannya tidak menghentikan Sankirtana mereka, dia akan memaksa mereka untuk memeluk Islam.

Mendengar ancaman Kazi, Nimai mengumpulkan semua pengikutnya. Setiap orang datang dengan sebatang obor dan sambil menyanyikan Sankirtana, mereka menuju ke rumah Kazi. Tiba di rumah Kazi, Nimai mula mengajarnya agama dan akhirnya menyentuh Kazi dengan lembut. Sentuhan Nimai, membawa perubahan besar kepada Kazi. Seperti seorang yang mabuk, dia menangis dan menyanyikan "Haribol, Haribol!" Kejadian hebat ini makin menarik perhatian orang ramai untuk menyertai Sankirtana Nimai.



Comments

Popular posts from this blog

Nachiketa

Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya!  Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin.  Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa.  Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p...

Pusalar

Tuhan mendengar kata hati yang suci. Kisah Pusalar menunjukkan bagaimana Tuhan mendengar niat pemuja-Nya dan mencurahkan rahmat-Nya.  Pada suatu masa dahulu, Tiruninravur terkenal dengan pendeta-pendeta yang mahir dalam sastera Aagama. Segala ilmu pembinaan kuil Hindu dan pemujaan kuil terkandung dalam Aagama.  Pusalar ialah seorang pendeta miskin di Tiruninravur. Dia telah mempelajari ilmu membina kuil. Jadi tidak hairanlah apabila dia bercita-cita untuk mendirikan sebuah kuil Siva. Kemiskinan tidak membenarkannya memenuhi hasrat hatinya.  Pusalar tidak berputus asa. Dia meneruskan impiannya dengan membina sebuah kuil Siva dalam hatinya. Dengan penuh Bhakti, Pusalar membentuk sebuah kuil yang besar lagi hebat. Apabila kuil itu sempurna, Pusalar menetapkan satu tarikh untuk upacara perasmian kuil di hatinya!   Sementara itu, Rajasimha, raja dinasti Pallava telah menyiapkan pembinaan kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Tarikh perasmian kuil...

Manikkavasagar

Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya.  Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar.  Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila ...