Orang-orang Hindu mengutamakan kebenaran lebih daripada kehidupan. Kisah Nachiketa ialah kisah seorang remaja yang berani berhadapan dengan Dewa Maut demi memenuhi kata-kata bapanya! Nachiketa ialah anak Vajashrava, seorang kaya. Vajashrava melakukan sebuah upacara Yajna (korban) untuk mendapatkan rahmat dewa-dewa. Bagi menyempurnakan upacara korban itu, dia perlu mendermakan segala hartanya kepada orang-orang Brahmin. Namun, Vajashrava seorang yang tamak. Dia mendermakan lembu-lembu yang tua, cacat, dan tidak berguna. Hati Nachiketa menjadi kecut melihat lembu-lembu yang tidak berguna didermakan. Tidakkah bapanya tahu bahawa hanya sesuatu yang berguna harus didermakan? Perbuatan mendermakan benda-benda buruk adalah suatu dosa. "Aku harus menyelamatkan ayah daripada dosa ini," fikir Nachiketa. Dengan sopan, Nachiketa menghampiri bapanya dan bertanya, "Ayah, kepada siapakah ayah akan mendermakan saya?" Pada mulanya, Vajashrava mengabaikan p
Tuhan turun dalam rupa Guru untuk mengajar Kebenaran atau Ilmu Rohani kepada orang yang benar-benar mencari-Nya. Kisah Manikkavasagar ialah kisah di mana Tuhan Sendiri menjelma sebagai Guru untuk memberikan Ilmu Rohani kepada pencinta-Nya. Manikkavasagar lahir di Madurai. Selepas menamatkan pendidikan Veda, dia menjadi menteri di istana raja Pandian. Sebagai menteri yang amat dipercayai oleh raja, Manikkavasagar menikmati segala keseronokan dan kemewahan istana. Namun, Manikkavasagar tidak melupakan diri dalam keseronokan. Dia sedar bahawa segala nikmat duniawi adalah sementara sahaja. Dia juga sedar bahawa bagi mencapai Kebebasan abadi, semua ikatan duniawi perlu dilepaskan. Hatinya merindui Tuhan dan mencari seorang Guru yang dapat memberinya Ilmu Rohani. Namun, tiada seorang Guru pun yang dapat memberinya ilmu yang sebenar. Pada suatu hari, sebuah kapal sedang berlabuh di kerajaan sebelah. Kapal itu membawa kuda-kuda yang bagus dari negara asing. Apabila mendengar